Prihatin kawan anak tiada duit, Ozlynn dedah pernah masak nasi lemak sampai 40 bungkus

Prihatin kawan anak tiada duit, Ozlynn dedah pernah masak nasi lemak sampai 40 bungkus


Pelakon, Ozlynn Wati berkongsi pengalaman menyentuh hati apabila dirinya pernah menyediakan bekal makanan untuk rakan-rakan anaknya selepas mengetahui ada dalam kalangan mereka yang tidak mampu membeli makanan di sekolah.

Masak nasi lemak untuk rakan anak

Screenshot

Menurut Ozlynn, biarpun penat pulang daripada bekerja sehingga lewat pagi tidak menjadi halangan menunaikan permintaan anak-anak yang memberitahu rakan mereka teringin menikmati nasi lemak masakannya, biarpun segan untuk meminta.

“Kita kan kadang balik shooting habis 2-3 pagi.. anak-anak beritahu kawan-kawan teringin nak makan nasi lemak mama masak tapi dorg takut nak cakap…,” ciapannya, hari ini.

Berkongsi lanjut, Ozlynn berkata dia pernah bangun seawal jam 4 pagi untuk menyediakan sambal dan memasak nasi lemak, meskipun keletihan selepas bekerja.

Katanya lagi, sebanyak kira-kira 40 bungkus nasi lemak telah disediakan dan diberikan kepada rakan-rakan anaknya, dan berasa gembira apabila melihat kesemua mereka menikmati makanan tersebut sehingga habis.

“Kita jam 4am gigih buat sambal masak nasi, rezeki anak-anak dengan kawan-kawannya. Sampai 40 bungkus bekal nasi lemak kita bagi untuk kawan-kawan anak.
“bila tengok semua makan sampai licin hilang penat tu, Kadang bila anak cakap kawan tak ada duit nak beli makan, terus kita bekalkan esoknya,” tambahnya lagi.

Artikel lain: Azar Azmi kongsi sisi baik Ozlynn, bantu hulur duit waktu susah – “Aku boleh beli susu untuk anak”

Terdahulu, pelakon Azar Azmi meluahkan rasa sebak apabila berkongsi kisah kebaikan sahabatnya, pelakon Ozlynn Waty yang pernah menghulurkan bantuan ketika berada dalam fasa sukar.

 Tambahnya, Ozlynn merupakan sahabat yang cukup memahami, malah turut menyalurkan bantuan zakat membolehkannya memenuhi keperluan anak-anak.

Sumber: Threads jozlynnhanania





Source link

OR

Scroll to Top