September 8, 2024

PRK KKB: PN dapat undi orang muda, Melayu – IDE

PRK KKB: PN dapat undi orang muda, Melayu – IDE


KUALA LUMPUR – Kejayaan kerajaan perpaduan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sabtu lalu adalah disebabkan oleh undi bagi kategori umur 41 tahun ke atas.

Manakala, Perikatan Nasional (PN) pula memperoleh undi pengundi muda yang berusia 18 hingga 24 tahun, kata Institut Darul Ehsan (IDE).

“Pengundi daripada kumpulan berusia 41 tahun ke atas merekodkan peratusan keluar mengundi yang besar melebihi 60 peratus, manakala kumpulan muda adalah paling rendah iaitu kurang daripada 55 peratus,” katanya IDE.

Jelas IDE lagi, PN memperolehi 63 peratus daripada undi mereka berusia antara 18 hingga 24 tahun walaupun peratusan keluar mengundi kelompok itu terendah iaitu sekitar 53 peratus.

Dalam pada itu, IDE turut berkata,  faktor penurunan peratusan keluar mengundi dalam kalangan pengundi muda adalah ketidakhadiran mereka di Kuala Kubu Baharu sendiri.

“Peratusan turun mengundi terendah berdasarkan umur ialah pada umur 18-24 tahun sekitar 53 peratus,” kata IDE lagi.

Pola pengundian turut menyaksikan Pakatan Harapan (PH) memperoleh 3.0 peratus peningkatan undi kaum Melayu pada Sabtu lalu.

“PN masih lagi menguasai sokongan pengundi Melayu dalam PRK KKB. Sokongan kaum Cina masih kekal dengan PH. Sokongan Kaum India kepada PH-BN menunjukkan peningkatan 8.0 petatus,” kata IDE.

Pang Sock Tao yang dicabar oleh tiga calon lain iaitu Khairul Azhari Saut (PN), Hafizah Zainudin (PRM) dan Nyau Ke Xin (bebas) diisytihar memenangi PRK itu.

Sock Tao memperoleh 14,000 undi, dengan majoriti 3,869 undi, membolehkan PH mengekalkan kerusi itu.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong pada 20 Mac lalu akibat kanser. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top