PRK Nenggiri: Wanita PKR tumpu tugas kempen menangkan BN

PRK Nenggiri: Wanita PKR tumpu tugas kempen menangkan BN


KUALA LUMPUR- Wanita PKR komited menumpukan peranan untuk menggerakkan kempen dan mengatur strategi bagi memastikan kemenangan di pihak Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri bulan depan.

Ketuanya, Fadhlina Sidek berkata, ia merupakan terjemahan daripada kerjasama yang terjalin di antara Pakatan Harapan (PH) dan BN.

“Sama seperti pilihan raya kecil sebelum ini komitmen PH dan BN memang kita tumpukan dalam gabungan besar dan kita tumpukan komitmen kita untuk memastikan jentera kita turun dan memastikan kemenangan di Nenggiri.

“Di peringkat awal ini calon sudah pun kita ketahui tugasm khususnya Ketua Wanita PKR memberikan tumpuan penuh kepada kempen dan mengatur strategi yang penting untuk menawan Nenggiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran koleksi Merdeka 2024 Prospec KPM X Fazura.

Baru-baru ini, UMNO Kelantan mengumumkan Ketua Pemudanya, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani sebagai calon yang akan bertanding pada PRK Nenggiri.

Pemilihan Mohd Azmawi berusia 38 tahun diputuskan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan mendapat sokongan daripada kepemimpinan UMNO Gua Musang serta akar umbi.

PRK Nenggiri diadakan susulan kekosongan kerusi itu selepas

Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)  pada 13 Jun.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kemudian menetapkan hari penamaan calon dan pengundian awal PRK itu masing-masing pada 3 Ogos dan 13 Ogos, manakala 17 Ogos sebagai hari mengundi.- MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top