PRK Sungai Bakap: Biro agama akan perjelas tentang lawan Pas – Ahmad

PRK Sungai Bakap: Biro agama akan perjelas tentang lawan Pas – Ahmad


KUALA LUMPUR – UMNO Pusat telah mengadakan pertemuan dengan biro-biro agama parti dalam Kerajaan Perpaduan bagi mengadakan ceramah-ceramah penjelasan untuk berlawan dengan Pas sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, beliau sendiri telah pergi ke Pulau Pinang pada Selasa lepas untuk tujuan tersebut.

“Saya dah pergi Sungai Bakap dan bertemu dengan UMNO Sungai Bakap pada 4 haribulan dan SPR umum (tarikh-tarikh penting pilihan raya) 6 haribulan.

“Saya juga bertemu dengan biro agama untuk mengadakan ceramah-ceramah penjelasan berlawan dengan Pas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian (MoU) antara Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F (PERKOBF) dan Plan Worth di sini, hari ini.

Beliau ditanya pemberita mengenai persiapan jentera Kerajaan Perpaduan terutamanya UMNO dalam membantu calon yang akan bertanding pada pilihan raya berkenaan 6 Julai ini.

Menurut Ahmad, beliau telah mengadakan pertemuan dengan pimpinan tertinggi parti-parti termasuk Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang bagi membincangkan langkah yang patut dilakukan oleh UMNO dalam membantu calon PKR yang akan bertanding merebut kerusi berkenaan.

“Kita berharap PKR selaku calon Kerajaan Perpaduan akan beroleh kemenangan. Sebelum ni kalah 1,000 lebih, yang kita harap kita nak tawan Sungai bakap.

“Misi tawan Sungai Bakap ini misi bersama dan UMNO tentunya menyokong,” ujarnya.

Semalam SPR mengumumlan tarikh-tarikh penting dengan PRK berkenaan bakal berlangung pada 6 Julai, penamaan calon pada 22 Jun manakala, undi awal pula pada 2 Julai.

Kerusi Sungai Bakap kosong berikutan kematian penyandangnya, Nor Zam Latiff, 56, pada 24 Mei lalu akibat radang perut.

PRK Sungai Bakap menyaksikan seramai 39,279 pemilih yang terdiri daripada 39,222 pengundi biasa dan 57 anggota polis.

Sebanyak RM2.1 juta peruntukkan diperlukan untuk menjalankan PRK tersebut.

PRK Sungai Bakap merupakan PRK ke-8 selepas Pilihan Raya Umum ke-15 PRU-15 pada November 2022.

Ia membabitkan PRK Parlimen Kuala Terengganu, Terengganu; PRK DUN Simpang Jeram, Johor; PRK Parlimen Pulai, Johor; PRK DUN Pelangai, Pahang; PRK DUN Jepak, Sarawak; PRK Parlimen Kemaman, Terengganu dan PRK DUN Kuala Kubu Baharu, Selangor.

Nor Zamri dari Pas yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri lalu menentang calon Pakatan Harapan, Nurhidayah Che Rose menang dengan majoriti 1,563 dengan mendapat undian 15,433. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top