PRN Sabah: BN terbuka runding kerusi, tidak terhad bersama PH

PRN Sabah: BN terbuka runding kerusi, tidak terhad bersama PH


PUTRAJAYA: Proses rundingan kerusi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tidak hanya terhad bersama gabungan Pakatan Harapan (PH) sahaja, sebaliknya terbuka dengan pelbagai pihak termasuk parti tempatan di negeri berkenaan.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, rundingan pembahagian kerusi ketika ini telah dan sedang dijalankan melibatkan pelbagai pihak berkepentingan politik di Sabah.

“Saya ingin sahkan bahawa proses perbincangan telah pun kita mulakan dan proses itu akan berterusan termasuk seperti yang disebut Pengerusi BN (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) sendiri, dari segi langkah kita, kerjasama kita termasuk lah dengan asas-asas yang lain seperti mana yang disebutkan oleh beliau BN, PH dan plus plus plus.

“Dan seperti mana kita ketahui dalam BN, PH pun kita ada juga komponen-komponen kita dari Sabah dan yang plus plus pun akan terus terbuka (rundingan). Jadi, proses itu sedang berjalan dan kita terbuka kepada sebarang proses rundingan yang akan diadakan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Kepimpinan Muda Kebangsaan Karisma: Pemikir Madani di Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) hari ini.

Beliau diminta mengulas berhubung kenyataan Ahmad Zahid semalam bahawa BN mempraktikkan keterbukaan untuk berunding mengenai pembahagian kerusi dengan mana-mana parti di Sabah bagi berdepan PRN negeri itu tidak lama lagi. – UTUSAN





Source link

OR

Scroll to Top