Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan tingkat pengetahuan warga BPnP SPRM

Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan tingkat pengetahuan warga BPnP SPRM


mhafis@mediaprima.com.my

Putrajaya: Bagi meningkatkan kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam kalangan warga kerja, Bahagian Perundangan dan Pendakwaan (BPnP) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menganjurkan Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2025.

Program tahunan itu menghimpunkan seramai 60 pegawai dan kakitangan termasuk Timbalan Pendakwa Raya dari Ibu Pejabat, Lembah Klang dan Pahang yang diadakan di Janda Baik, Bentong, Pahang.

Sepanjang program, peserta dibimbing melalui latihan praktikal dan sesi perkongsian ilmu antaranya panduan menghadapi situasi kecemasan seperti berdepan haiwan berbisa, kemalangan di air serta penggunaan sungai sebagai laluan keluar jika tersesat di hutan.

Pengarah Kanan BPnP, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin berharap semua peserta dapat memanfaatkan aktiviti yang disusun dengan sebaiknya.

“Program ini bukan sahaja menjadi medan menimba ilmu baharu dan mencabar diri dengan pengalaman berharga, malah memperkukuh hubungan sesama kita.

“Saya yakin peserta akan pulang dengan pengetahuan, kemahiran serta semangat yang diperbaharui untuk terus memberikan yang terbaik dalam amanah dipikul,” katanya.

Turut hadir Timbalan Pengarah BPnP, Datuk Ahmad Akram Gharib.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top