Projek pembinaan jadi ancaman banjir di Hulu Langat

Projek pembinaan jadi ancaman banjir di Hulu Langat

Projek pembinaan jadi ancaman banjir di Hulu Langat


harisfadli@hmetro.com.my

Hulu Langat: Keadaan di beberapa kampung di sini yang dilanda banjir kilat pada Isnin, kembali tenang dengan penduduk meneruskan rutin harian seperti biasa di samping membersihkan sisa banjir di kediaman masing-masing.

Penduduk yang sudah lali berhadapan banjir kilat juga melaksana persediaan awal dan membersihkan rumah sejurus air surut bermula lewat petang Isnin.

Ketua Kampung Batu 20 Sungai Lui, Mohd Ramdan Kamso, 61, berkata, banjir yang berlaku adalah kejadian kedua pada bulan ini dan kekerapannya dipercayai akibat pembinaan rumah persendirian dan peranginan yang tidak terkawal berhampiran sungai.

“Betul ini bencana alam, hujan kita tidak boleh kawal tetapi perkara ini (banjir kilat) kerap berlaku sejak beberapa tahun kebelakangan ini selepas banyak pembinaan dilakukan berhampiran sungai yang tidak mengikuti garis panduan.

“Ada pemilik rumah membina jambatan yang terlalu rendah mengakibatkan berlaku halangan aliran air jika hujan, akhirnya air sungai melimpah,” katanya kepada Harian Metro.

Dia yang sudah 40 tahun menetap di kampung itu berkata, corak banjir di kawasan itu juga jauh berbeza dengan 10 tahun lalu, malah sungai makin cetak dan mudah melimpah sejak tragedi banjir besar pada akhir 2021.

Mohd Ramdan berkata, walaupun ada usaha untuk mendalamkan sungai secara berkala oleh pihak berwajib, namun ia didakwa dilaksana secara sambil lewa.

“Mereka korek pasir-pasir untuk mendalamkan sungai tetapi sisa yang dikorek ditinggalkan di tepi sungai begitu sahaja, bila hujan ia masuk kembali ke dalam air.

“Sungai Pun Sudah Jadi Cetek Sangat, Kalau Dahulu Rasanya Kedalaman Boleh Cecah Dua Kaki (0.6 Meter), Kalau Budak-Budak Mandi Boleh Tenggelam.

“Tetapi sekarang dah terlalu cetek, dah nak sama dengan tebing, jadi mana boleh tampung.. kalau hujan turun sejam pun air boleh naik,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top