Proses rekod keterangan pengasas fesyen dalam talian disambung esok

Proses rekod keterangan pengasas fesyen dalam talian disambung esok


PUTRAJAYA- Pasangan pengasas perniagaan fesyen dalam talian tempatan hari ini memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan terhadap kerugian pelaburan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) berjumlah RM43.9 juta.

Setakat 8 malam, pasangan berkenaan yang hadir di Ibu Pejabat SPRM di sini sejak 2.30 petang masih belum keluar dari bangunan itu.

Menurut sumber, proses merekod keterangan sedang berjalan yang dijangka hingga 10 malam, sebelum disambung esok.

Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi Bernama mengesahkan pasangan berkenaan dipanggil bagi membantu siasatan kes itu.

Setakat semalam, beliau berkata empat saksi dari PNB, Khazanah dan Kementerian Kewangan telah dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan terbabit.

Semalam, SPRM telah menyerbu pejabat sebuah perniagaan fesyen dalam talian tempatan dan tiga premis lain serta merampas pelbagai dokumen untuk tujuan siasatan.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM.

— BERNAMA

ARTIKEL BERKAITAN

Pasangan pengasas platform fesyen dalam talian dirakam keterangan hari ini – SPRM

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL



Source link

OR

Scroll to Top