September 8, 2024

Protes: Suruhanjaya Tinggi Malaysia Dhaka pantau pelajar di Bangladesh

Protes: Suruhanjaya Tinggi Malaysia Dhaka pantau pelajar di Bangladesh


KUALA LUMPUR – Kementerian Luar Negeri melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka sedang giat memantau situasi berikutan protes pelajar yang terjadi di Bangladesh.

Walaupun menghadapi cabaran termasuk gangguan perkhidmatan telekomunikasi yang meluas, Suruhanjaya Tinggi secara aktif berkoordinasi dengan pihak berkuasa tempatan untuk memastikan keselamatan semua rakyat Malaysia di negara tersebut.

Menyusul permulaan protes, para pelajar Malaysia di Dhaka telah diarahkan untuk berkumpul di Suruhanjaya Tinggi bagi keselamatan mereka dan untuk menerima arahan lanjut.

Pelajar-pelajar adalah dari institusi pendidikan tempatan di Dhaka yang terjejas oleh protes tersebut.

Pegawai Suruhanjaya Tinggi telah berinteraksi awal dengan pelajar-pelajar ini untuk menilai keperluan mereka dan memberikan bantuan segera, katanya dalam kenyataan.

“Buat masa ini, Suruhanjaya Tinggi sedang mengkaji penyelesaian termasuk membantu mengaturkan perjalanan pulang pelajar-pelajar yang ingin kembali ke Malaysia dan tempat
perlindungan sementara.” katanya.

Kementerian Luar Negeri menggesa semua rakyat Malaysia yang menetap di Bangladesh untuk mengelak dari berada di kawasan yang terjejas, kekal berwaspada dan mematuhi semua nasihat keselamatan dan arahan pihak berkuasa tempatan.

Kementerian Luar Negeri kekal komited untuk memastikan keselamatan rakyat Malaysia di luar negara terjamin.

Sebarang perkembangan terkini berkenaan situasi ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular atau mempunyai sebarang pertanyaan lanjut dinasihatkan untuk menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka.

SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA DI DHAKA
Alamat: Malaysian High Commission in Dhaka

House No. 19, Road No. 6,
Baridhara Diplomatic Enclave,
Dhaka – 1212
People’s Republic of Bangladesh

No. Telefon: +880241081892 / 1895

+88 018 4179 8077 (kecemasan sahaja)

Emel: [email protected] – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top