PSG bergantung kepada nama besar

PSG bergantung kepada nama besar


Paris: Ketika ramai menjangka Paris St Germain (PSG) bakal kembali bergantung kepada nama besar bagi menakluk Eropah, pengurus Luis Enrique membuktikan sebaliknya – membina pasukan berasaskan falsafah kolektif yang kini semakin memberi hasil.

Ketika PSG bersedia menghadapi Arsenal dalam aksi timbal balik separuh akhir Liga Juara-Juara di Parc des Princes, Khamis ini, pendekatan Enrique yang menolak budaya ‘pemain lebih besar dari pasukan’ mula menunjukkan hasil nyata.

Kemenangan 1-0 di Stadium Emirates minggu lalu bukan sekadar mencipta kelebihan, malah menjadi bukti bagaimana disiplin berpasukan mengatasi permainan individu.

Ia juga menyerlahkan transformasi PSG menjadi sebuah pasukan yang taktikal dan seimbang, jauh berbeza daripada identiti lama mereka yang sering bergantung kepada bintang ternama.

Sejak ketibaannya musim lalu, Enrique menegaskan satu prinsip: “Tiada satu kepala pun boleh menjulang diri lebih tinggi daripada pasukan.

“Di kelab yang pernah disinonimkan dengan nama seperti Zlatan Ibrahimovic, Neymar, Lionel Messi dan Kylian Mbappe, kenyataan itu awalnya menimbulkan keraguan – terutama apabila PSG bergelut dalam peringkat awal kempen Eropah.

Namun, Enrique tetap konsisten. “Anda tidak akan faham,” katanya secara sinis ketika ditanya mengenai taktikalnya suatu ketika dahulu.

Kini, keraguan itu berubah menjadi pujian.

PSG tampil sebagai antara pasukan paling tersusun dan berdisiplin musim ini.

Aset utama mereka bukan lagi kehebatan individu, tetapi koordinasi menyeluruh – dari tekanan kolektif di atas padang hinggalah kestabilan antara serangan dan pertahanan.

Antara nadi utama perubahan ini ialah Khvicha Kvaratskhelia – pemain Georgia yang fleksibel, berperanan penting di kedua-dua sisi padang dan simbol kepada pendekatan serba boleh yang diinginkan Enrique.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top