16 September 2025 09:10am
Masa membaca: 4 minit

Lucas Beraldo mengalami kecederaan buku lali semasa perlawanan menentang Lens.
PARIS Saint-Germain (PSG) berdepan krisis kecederaan serius apabila lima tonggak utama disahkan terpaksa diketepikan menjelang aksi penting Liga Juara-Juara (UCL) menentang Atalanta di laman sendiri pada awal pagi Khamis ini.
Selepas kehilangan Ousmane Dembele dan Desire Doue, nasib malang terus menimpa skuad bimbingan Luis Enrique ketika menentang Lens apabila Khvicha Kvaratskhelia (betis), Lee Kang-in (tendon Achilles) dan Lucas Beraldo (buku lali) turut tercedera.
Situasi itu nyata merisaukan Enrique dengan hanya kurang 72 jam sebelum perlawanan UCL serta seminggu sebelum aksi Le Classique menentang Marseille di Ligue 1.
Ketiadaan lima pemain utama dijangka memaksa PSG bergantung kepada pemain muda serta menukar perancangan taktikal.
Krisis tersebut hadir pada detik paling genting, sekali gus menimbulkan keraguan terhadap kemampuan Les mengekalkan momentum dalam saingan domestik dan Eropah bulan ini.
Ringkasan AI
- Paris Saint-Germain berdepan krisis cedera serius dengan lima tonggak utama terpaksa diketepikan sebelum perlawanan Liga Juara-Juara menentang Atalanta
- Ousmane Dembele dan Desire Doue termasuk dalam senarai cedera bersama Khvicha Kvaratskhelia, Lee Kang-in dan Lucas Beraldo yang cedera ketika menentang Lens
- Kecederaan terjadi kurang 72 jam sebelum perlawanan UCL dan seminggu sebelum pertemuan dengan Marseille
- Ketiadaan pemain utama memaksa PSG bergantung kepada pemain muda dan mengubah taktikal
- Krisis cedera timbul pada waktu kritikal, menimbulkan keraguan terhadap kemampuan PSG mengekalkan momentum