Paris: Paris Saint-Germain (PSG) tidak akan mematuhi arahan liga untuk membayar Kylian Mbappe sejumlah 55 juta euro (RM258.4 juta) selaku bayaran tertunggak, kata sumber yang rapat dengan kes itu kepada AFP, hari ini.
Sebuah jawatankuasa liga Perancis cuba menjadi orang tengah dalam pertikaian yang semakin tegang antara penyerang Real Madrid, Mbappe dan kelab yang ditinggalkannya tahun ini.
Mbappe menuntut jumlah itu, yang dikatakan terdiri daripada gaji tiga bulan terakhirnya serta beberapa bonus.
Namun, PSG yang dimiliki oleh Qatar menegaskan bahawa pemain berusia 25 tahun itu bersetuju untuk melepaskan jumlah itu pada Ogos 2023.
AFP telah menghubungi wakil Mbappe untuk mendapatkan komen.
© New Straits Times Press (M) Bhd