PSG mudah singkir Inter Miami

PSG mudah singkir Inter Miami


Joao Neves mencuri tumpuan dengan dua jaringan peribadi ketika Paris Saint-Germain (PSG) mempamerkan aksi dominan, membelasah Inter Miami yang diketuai Lionel Messi 4-0 di Stadium Mercedes-Benz, Atlanta.

Kemenangan meyakinkan ini mengesahkan tempat PSG di pusingan suku akhir Piala Dunia Kelab dengan gaya pasukan pilihan dalam temasya berkenaan.

Pasukan gergasi Ligue 1 Perancis bimbingan Luis Enrique itu mula menguasai perlawanan seawal enam minit pertama.

Neves yang tidak dikawal, berjaya bergerak ke tiang jauh untuk menanduk masuk hantaran sepakan percuma dengan tepat dan bertenaga.

Neves kemudian menggandakan kelebihan PSG pada minit ke-39, hasil gerakan menarik yang dimulakan Bradley Barcola sebelum menemui Fabian Ruiz.

Hantaran lintang Ruiz yang cukup cantik itu disudahkan secara klinikal oleh pemain Portugal tersebut.

Segala harapan Inter Miami untuk bangkit pupus pada separuh masa pertama, dengan Messi dan rakan-rakannya hampir tidak mendapat peluang mencuri perhatian.

Penderitaan kelab Liga Bolasepak Utama (MLS) Amerika Syarikat itu bertambah apabila Tomas Aviles secara tidak sengaja tertolak hantaran lintang Desire Doue ke dalam gawang sendiri.

Achraf Hakimi melengkapkan jaringan keempat Les Parisiens, menyambar bola selepas percubaan awalnya terkena palang gol, tepat pada minit-minit akhir separuh masa pertama.

Messi lebih banyak terlibat dalam permainan selepas rehat, dan tandukannya berjaya diselamatkan Gianluigi Donnarumma hasil serangan balas pantas.

Biarpun begitu, sepakan percuma lewat Messi hanya menggegarkan tembok pertahanan PSG.

Juara Liga Juara-Juara itu kini mara ke suku akhir, di mana mereka akan berdepan Bayern Munich yang sebelum ini menewaskan Flamengo 4-2.

Joao Neves mencuri tumpuan dengan dua jaringan peribadi ketika Paris Saint-Germain (PSG) mempamerkan aksi dominan, membelasah Inter Miami diketuai Lionel Messi 4-0 di Stadium Mercedes-Benz, Atlanta.

Kemenangan meyakinkan ini mengesahkan tempat PSG di pusingan suku akhir Piala Dunia Kelab dengan gaya pasukan pilihan di temasya berkenaan.

Pasukan gergasi Ligue 1 Perancis bimbingan Luis Enrique itu mula menguasai perlawanan seawal enam minit pertama.

Neves yang tidak dikawal, berjaya bergerak ke tiang jauh untuk menanduk masuk hantaran sepakan percuma dengan tepat dan bertenaga.

Neves kemudian menggandakan kelebihan PSG pada minit ke-39, hasil gerakan menarik yang dimulakan Bradley Barcola yang menemui Fabian Ruiz.

Hantaran lintang Ruiz yang cukup cantik itu disudahkan dengan klinikal oleh pemain Portugal tersebut.

Segala harapan Inter Miami untuk bangkit pupus pada separuh masa pertama, dengan Messi dan rakan-rakannya hampir tidak mendapat peluang mencuri perhatian.

Penderitaan kelab Liga Bolasepak Utama (MLS) Amerika Syarikat itu bertambah apabila Tomas Aviles secara tidak sengaja tertolak hantaran lintang Desire Doue ke dalam gawang sendiri.

Achraf Hakimi melengkapkan jaringan keempat Les Parisiens, menyambar bola selepas percubaan awalnya terkena palang gol, tepat pada minit-minit akhir separuh masa pertama.

Messi lebih banyak terlibat dalam permainan selepas rehat, dan tandukannya berjaya diselamatkan Gianluigi Donnarumma hasil serangan balas pantas.

Biarpun begitu, sepakan percuma lewat Messi hanya menggegarkan tembok pertahanan PSG.

Juara Liga Juara-Juara itu kini mara ke suku akhir, di mana mereka akan berdepan Bayern Munich yang sebelum ini menewaskan Flamengo 4-2.



Source link

OR

Scroll to Top