PSG yakin tumbangkan Liverpool di Anfield

PSG yakin tumbangkan Liverpool di Anfield


Vitinha (kanan) percaya peluang PSG belum berakhir. Foto Agensi

PEMAIN tengah Paris Saint-Germain (PSG), Vitinha percaya gergasi Ligue 1 Perancis itu mampu menterbalikkan keputusan dalam perlawanan timbal balik kedua Pusingan 16 Liga Juara-Juara di Stadium Anfield.

PSG sebelum itu terpaksa berputih mata apabila tewas 0-1 kepada juara enam kali Liverpool dalam perlawanan pertama di Stadium Parc des Princes hasil jaringan pemain gantian Harvey Elliott.

Les Bleus kendalian Luis Enrique sebelum itu tampil di laman sendiri dalam prestasi cemerlang, setelah memenangi 10 perlawanan terakhir.

Jelas Vitinha, skuad Enrique akan menuju ke Anfield dengan penuh keyakinan bahawa mereka boleh melakukan perkara luar biasa di Merseyside.

“Sukar untuk bermain dalam perlawanan ini, menentang pasukan bagus seperti Liverpool. Hasil satu peluang gol, dari satu percubaan,” kata pemain Portugal itu.

Tambah Vitinha: “Sekarang adalah masa untuk menunjukkan betapa kami bergerak sebagai satu pasukan.

“Kami akan menunjukkan watak sebenarnya kami. Kami akan menang di sana (Anfield). Dengan permainan yang kami mainkan, kemenangan itu lebih daripada sepatutnya.

“Kami mempunyai banyak peluang seperti pada permulaan musim tetapi kami tidak berjaya menjaringkan gol.”



Source link

OR

Scroll to Top