PTD baharu buat kunjungan hormat, PM Anwar tegaskan tiada kompromi terhadap rasuah

PTD baharu buat kunjungan hormat, PM Anwar tegaskan tiada kompromi terhadap rasuah


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kepercayaan rakyat terhadap institusi pertahanan negara mesti diperkukuh melalui profesionalisme, akauntabiliti dan integriti yang tinggi, bukan sekadar slogan semata-mata.

Terima kunjungan hormat PTD baharu

Menerusi hantaran di media sosial, beliau memaklumkan perkara tersebut telah dinyatakan selepas menerima kunjungan hormat Panglima Tentera Darat yang baharu, Jeneral Tan Sri Azhan Md Othman, bagi membincangkan peranan strategik pasukan tersebut sebagai benteng pertahanan negara.

“Saya menegaskan bahawa kepercayaan rakyat terhadap institusi pertahanan negara ini tidak boleh dibina dengan slogan semata-mata, sebaliknya mesti diperkukuh melalui profesionalisme, akauntabiliti dan integriti yang tegas serta konsisten dalam setiap lapisan pentadbiran dan operasi,” katanya.

PTD buat kunjungan hormat bertemu PM

Dalam pertemuan itu, Anwar turut menyentuh cabaran semasa termasuk isu salah guna kuasa dan rasuah yang berpotensi menjejaskan imej institusi pertahanan negara, sambil menegaskan tiada sebarang kompromi terhadap pelanggaran amanah.

Beliau berkata, ketelusan dan keberanian amat diperlukan bagi membersihkan sebarang kelemahan demi memelihara maruah Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Kerajaan Madani akan terus mendukung usaha Tentera Darat untuk kekal sebagai pasukan yang berwibawa, profesional dan disegani, di samping memastikan kebajikan pegawai, anggota, keluarga serta para veteran sentiasa diberi perhatian sewajarnya,” katanya.

kunjungan hormat

Artikel lain: Ketua Staf Markas ATM dilantik Panglima Tentera Darat ke-31

Leftenan Jeneral Datuk Azhan Md Othman dilantik sebagai Panglima Tentera Darat ke-31 berkuat kuasa pada 1 Januari 2026.

Pelantikan Azhan yang sebelum ini menjawat jawatan Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dibuat selaras keputusan Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera (MAT) ke-631 pada 19 November 2025 dan turut diperkenankan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada 1 Disember 2025.





Source link

OR

Scroll to Top