PTPTN terus bantu peminjam selesai hutang dengan pelbagai kaedah

PTPTN terus bantu peminjam selesai hutang dengan pelbagai kaedah



illahhafiz.abdulaziz@bh.com.my

Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang meneliti secara keseluruhan kemampanan serta kedudukan kewangan Perbadanan Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kajian semula kadar pinjaman kepada pelajar.

Ia susulan cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kerajaan sedang mempertimbang bagi mengkaji semula kadar pinjaman dan terma pembayaran balik hutang PTPTN.

Kata KPT, pihaknya turut menyedari keluhan penuntut berhubung isu itu, namun menegaskan hutang keseluruhan PTPTN sudah mencecah RM40 bilion dan hutang tertunggak sebanyak RM11 bilion setakat ini.

“KPT melalui institusi pengajian tinggi (IPT) masing-masing turut peka dan menyediakan bantuan sewajarnya kepada penuntut yang berkeperluan dan menghadapi sebarang kesukaran sepanjang pengajian.

“Malah, PTPTN terus membantu peminjam untuk menyelesaikan hutang melalui rundingan bagi pembayaran balik yang lebih fleksibel tanpa membebankan peminjam melalui pelbagai cara dan kaedah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, KPT berkata, pendekatan penuh empati dilaksana PTPTN ini adalah bagi memastikan semua ruang diberikan kepada peminjam dan selari dengan nilai teras Malaysia Madani iaitu Ihsan.

“Ini juga bagi memastikan pendidikan tinggi di Malaysia kekal inklusif, mampan dan relevan untuk generasi akan datang,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top