Pendakwah bebas, PU Amin meluahkan rasa kagum terhadap semangat juang rakannya iaitu, PU Rahmat, yang tidak henti-henti terlibat dalam misi kemanusiaan.
Kata PU Amin yang berseloroh menggelarkan rakannya itu sebagai ‘gila’ kerana komitmennya yang luar biasa dalam membantu masyarakat, meskipun berdepan kekangan masa dan kewangan.
“Rahmat ni gila, baru settle sumud gaza, terus sambung misi banjir perlis, banjir utara, balik kejap ceramah sana sini, sambung lagi misi banjir aceh, 2 kali ulang alik aceh dan duit makin kering,” katanya.
Tambahnhya, jadual yang cukup padat dalam misi kebajikan itu turut membuatkan mereka sukar meluangkan masa bersama.
Bagaimanapun, semangat juang yang ditunjukkan PU Rahmat yang tidak pernah luntur wajar dipuji.
“Nak ajak lepak minum kejap tak ada masa, tiba tiba pergi sudan pulak. Terus berjuang mat!,” tambahnya.

Difahamkan, pada Selasa, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Cinta Gaza Malaysia (CGM) Nadir Al-Nuri bersama-sama penyanyi popular, Faizal Tahir dan PU Rahmat terbang ke Sudan dalam misi kemanusiaan di sana.

“Saya baru tiga hari duduk di rumah setelah balik dari meeting Sumud di Istanbul. Bujang sebelah saya tu pagi tadi baru sampai dari misi banjir Acheh.
“Malam ni kami keluar misi lagi. Kali ni tempat bahaya, unchartered territory. Alhamdulillah Allah bagi berpenat untuk ummah. Doakan kami,” kongsinya menerusi hantaran di Instagram.






