PU Amin Dilabel FOMO Gara-Gara ‘Angkat’ Restoran Khairul Aming, Ini Respons Empunya Badan – “Kita Tumpang Bangga!”

PU Amin Dilabel FOMO Gara-Gara ‘Angkat’ Restoran Khairul Aming, Ini Respons Empunya Badan – “Kita Tumpang Bangga!”


Pendakwah bebas, PU Amin tampil menjawab dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya beriya-iya mempromosikan restoran milik pempengaruh terkenal, Khairul Aming semata-mata kerana takut ketinggalan atau FOMO (Fera Of Missing Out).

Jelas PU Amin, sokongannya terhadap usahawan tempatan itu adalah atas rasa bangga apabila melihat anak bangsa sendiri mampu berjaya dalam bidang perniagaan.

“Ada yang kata FOMO (Fear Of Missing Out) la ni beriya n ak makan dekat Rembayung!

“Eh, bukanlah! Kita nak support dan tumpang bangga. Anak bangsa kita berjaya.

“Tak salah pun! Nak cakap apa pun cakaplah, Dah booking ni,” katanya.

Restoran yang dibangunkan Khairul Aming sebelum ini menjadi tumpuan ramai sehingga tempahan perlu dibuat lebih awal bagi mengelakkan kesesakan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kekal dengan pendirian bahawa pencetus ummah itu takut tidak mendapat tempat di restoran berkenaan.

Bahkan ada juga yang berseloroh bahawa mereka sendiri sudah bersiap sedia untuk membuat tempahan tanpa menghiraukan kontroversi terbabit.

Terdahulu, Khairul Aming menyorot perhatian ramai selepas berkongsi video ‘teaser’ restoran pertama miliknya yang bakal dibuka pada awal Januari depan.

 



Source link

OR

Scroll to Top