JOHOR BAHR: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi membuat kejutan apabila hadir ke program Dialog Terbuka Belia yang dihadiri Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim Felda Ulu Tebrau, di sini malam ini.
Kehadiran Bekas Ahli Majlis Tertinggi (MKT) UMNO itu turut disambut oleh Perdana Menteri yang bersalaman dan berpelukan ketika beliau tiba ke program tersebut kira-kira pukul 9.40 malam tadi.
Mohd. Puad berkata, kehadirannya ke program tersebut bagi memenuhi jemputan rakannya selain menyatakan sokongan kepada calon PH di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa, Dr. Maszlee Malik.
Terdahulu, Mohd. Puad mengumumkan sokongan kepada calon PH, Mohamad Yazid Bakri yang bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit.
“Sekarang saya tidak berparti. Saya pilih calon kerana peribadi calon. Justeru saya pilih saudara Yazid kerana calon berkenaan merupakan anak jati Rengit. Beliau menetap di kawasan tersebut, memiliki rumah di Rengit serta merupakan pengerusi sebuah surau di Rengit,” katanya.-UTUSAN






