September 8, 2024

Puma Nitro Night Run perkenal kategori 21km

Puma Nitro Night Run perkenal kategori 21km


PUMA Nitro Night Run kembali menggamit peserta larian yang bakal diadakan di Dataran Putrajaya pada 16 November depan.

Lebih menarik, penganjuran kali ini akan turut menambah kategori separuh maraton selain mengekalkan kategori 5 kilometer (km) dan 10km.

Pengurus Besar Puma Malaysia, Steven Tan berkata, peserta juga akan disajikan dengan aktiviti, permainan dan promosi jualan sepanjang acara berlangsung.

“Di Puma, kami komited untuk menyediakan pengalaman larian yang luar biasa, daripada alatan sukan berkualiti tinggi kami dan kepada acara itu sendiri.

“Disebabkan permintaan ramai, kami telah menambah kategori separuh maraton sejauh 21KM untuk mencabar dan memberi inspirasi kepada semua pelari pada tahun ini.

“Puma Nitro Night Run bukan sekadar perlumbaan sebaliknya sebagai menghargai semangat kemasyarakatan,” katanya.

Menurutnya, dengan tema ‘elevate’ menggalakkan peserta untuk mencabar had keupayaan mereka sambil mencipta kenangan berlari melalui laluan Dataran Putrajaya pada waktu malam.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!



Source link

OR

Scroll to Top