June 18, 2024

PUNB lulus lebih RM20 Juta permohonan Prosper Impact


KUALA LUMPUR – Perbadanan Usahawan Nasional Bhd. (PUNB) meluluskan lebih RM20 juta permohonan Prosper Impact (Pembiayaan Islam untuk Projek dan Kontrak) sejak ia diperkenalkan awal tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Izwan Zainuddin berkata, pembiayaan tersebut mendapat sambutan luar biasa daripada para usahawan.

“Setakat ini kelulusan kita dah beri lebih kurang RM26 Juta dan insy-Allah akan ada lagi peruntukkan diberikan bagi membantu usahawan bumiputera.

“Selain itu, rakan niaga kita seperti Petronas, Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga amat membantu,” katanya pada pemberita pada Majlis Silaturahim PUNB, di sini, hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif PUNB, Izwan Zainuddin bersama Pengerusi PUNB, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani menyampaikan duit raya kepada 45 orang anak-anak Asrama Darul Falah.

Terdahulu, Izwan bersama Pengerusi PUNB, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani menyampaikan duit raya kepada 45 orang anak-anak Asrama Darul Falah.

Menurut, Prosper Impact dilaksanakan bagi membantu usahawan bumiputera yang mendapat kontrak daripada kerajaan, institusi berkanun, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat-syarikat multinasional (MNC) untuk memantapkan lagi perniagaan mereka.

Sementara itu, Izwan yang ditanya mengenai usahawan automotif di bawah naungan PUNB berkata, pihaknya sedang merangka strategi untuk memperbanyakkan kerjasama dengan syarikat antarabangsa terutama Korea dan Jepun.

“Baru-baru ini, PUNB telah membawa kira-kira 100 rakan usahawan dalam bidang automotif menyertai lawatan Automotif World Korea 2024 bermula 23 hingga 28 April 2024.

“Tujuannya untuk mereka menimba ilmu dan memeriksa teknologi baharu, dan keduanya adalah untuk mereka melaksanakan rangkaian sosial,” ujarnya.

Menurut beliau, sehingga kini PUNB mempunyai kira-kira 750 usahawan bumiputera dalam bidang automatif di seluruh negara. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top