Pupuk kerjasama dekorasi merdeka

Pupuk kerjasama dekorasi merdeka


am@hmetro.com.my

Petaling Jaya: Pupuk semangat patriotik menerusi dekorasi kediaman. Itu inisiatif penduduk Gugusan Seroja 8, Kota Damansara di sini hari ini yang berkongsi semangat patriotik dengan pelbagai hiasan dalam Pertandingan Blok Tercantik bersempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-68.

Program membabitkan pelbagai lapisan umur itu bukan sahaja menyerikan kawasan perumahan dengan kibaran bendera dan dekorasi meriah, malah ia turut mencerminkan perpaduan erat masyarakat setempat.

Ahli Jawatankuasa, Ahmad Saidi Hashim berkata, penduduk termasuk golongan muda turut bersama-sama mengambil bahagian untuk memastikan kejayaan penganjurannya.

“Kita menyokong usaha pihak pengurusan Gugusan Seroja menjayakan program ini dan ia adalah satu langkah terbaik.

“Harapan kami, program ini mampu diteruskan pada masa akan datang selain berharap pihak berwajib untuk memberi perhatian kepada kawasan ini untuk menyediakan persekitaran selesa termasuk kerja-kerja mengecat semula,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top