Pelakon terkenal, Uqasha Senrose telah berkongsi satu hantaran di Instagram seakan ditujukan kepada seseorang yang bersikap palsu dihadapan orang ramai.
Uqasha Senrose kongsi hantaran di IG
Menerusi muat naik tersebut, Uqasha Senrose atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33 menyatakan bahawa bersikap palsu dan berpura-pura baik di mata orang lain seakan sudah menjadi perkara biasa sekarang sampaikan mereka yang berkata jujur pula terlihat salah.
“Kita akan tahu tak lama lagi.
“Bersikap palsu dan berpura-pura nampak baik di mata dunia sudah jadi perkara biasa sekarang — sampai orang yang jujur pula dianggap menyinggung,” tulisnya.
Uqasha Senrose kongsi qoutes tentang orang yang berpura-pura
Dalam pada masa yang sama, isteri kepada pelakon, Kamal Adli itu turut berkongsi qoutes mengenai tindakan serta kata-kata yang dapat membezakan sama ada seseorang itu bersikap jujur ataupun tidak.
“Tindakan tunjuk siapa kita sebenarnya, kata-kata cuma tunjuk siapa yang kita pura-pura jadi,”
Hantaran dah dipadam beberapa minit selepas dikongsikan
Walau bagaimanapun, hantaran tersebut telah dipadam oleh Uqasha tidak lama selepas dikongsikan di media sosial miliknya.
Pastinya ia menjadi tanda tanya ramai terutama peminat memandangkan pelakon itu beberapa kali memuat naik hantaran seakan memberi bayangan tentang apa yang dihadapi ketika ini.
Terdahulu, suami kepada selebriti terbabit telah menulis panjang lebar di Instagram meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan keluarganya memandangkan ia adalah urusan peribadi.
Artikel lain: ‘Kekal setia walau disakiti’ – Luahan Uqasha Senrose cetus tanda tanya
Jelas Kamal, dia sangat menyayangi isteri dan anak perempuan mereka dan terpanggil untuk memperbetulkan salah faham yang berlaku memandangkan perkara terbabit melibatkan maruah dirinya, isteri serta keluarga.
Sumber: Instagram uqashasenrose2