13 Oktober 2025 09:51pm
Masa membaca: 4 minit
Hannah mengucapkan tahniah kepada Putera Adam atas kejayaannya menjuarai Perlumbaan 1 dan 2 Kejuaraan Lamborghini Super Trofeo Eropah di Barcelona, Sepanyol.
MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengucapkan tahniah kepada pelumba muda negara, Putera Adam Halim Muazzam atas kejayaan luar biasa menjuarai Perlumbaan 1 dan 2 Kejuaraan Lamborghini Super Trofeo Eropah di Barcelona, Sepanyol.
Dalam hantaran di Facebook pada Isnin, Hannah berkata, kejayaan pelumba berusia 19 tahun itu membuktikan semangat dan keberanian anak muda Malaysia yang berani mencabar keupayaan diri di pentas antarabangsa.
“Menjuarai Perlumbaan 1 dan 2 Kejuaraan Lamborghini Super Trofeo Eropah menjadikannya pelumba Malaysia pertama mencipta sejarah ini, kini berada di kedudukan kedua keseluruhan dengan 94 mata.
“Tahniah Putera Adam atas kejayaan luar biasa ini. Di setiap selekoh litar Catalunya, bukan sekadar enjin yang bergema tetapi nama Malaysia turut disebut dengan bangga di seluruh Eropah,” katanya.
Dengan hanya satu pusingan terakhir di Misano, Itali pada 6 hingga 7 November depan, Putera Adam dan rakan sepasukannya Paul Levet, berpeluang muncul juara keseluruhan dengan persaingan sengit daripada pasangan pelumba Enzo Geraci dan Josef Knopp. – Bernama
Ringkasan AI
- Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengucapkan tahniah kepada Putera Adam Halim Muazzam atas kejayaannya menjuarai Perlumbaan 1 dan 2 Kejuaraan Lamborghini Super Trofeo Eropah di Barcelona, Sepanyol
- Kejayaan pelumba berusia 19 tahun itu membuktikan semangat dan keberanian anak muda Malaysia di pentas antarabangsa
- Menjadi pelumba Malaysia pertama mencipta sejarah menjuarai Perlumbaan 1 dan 2 Kejuaraan Lamborghini Super Trofeo Eropah
- Kini berada di kedudukan kedua keseluruhan dengan 94 mata
- Memiliki peluang menjadi juara keseluruhan dalam satu pusingan terakhir di Misano, Itali