Puteri Sarah Akui Rasa Burnout, Anggap Perkara Normal Untuk Golongan Ibu – “Luangkan Masa Seorang Diri Pun Dapat Ubati”

Puteri Sarah Akui Rasa Burnout, Anggap Perkara Normal Untuk Golongan Ibu – “Luangkan Masa Seorang Diri Pun Dapat Ubati”


Pelakon dan usahawan, Puteri Sarah Liyana meluahkan rasa penat dan ‘burnout’ yang dialami dalam menguruskan rutin harian sebagai seorang ibu dan wanita bekerjaya.

Menerusi perkongsian di TikTok, Sarah berkata, adalah perkara biasa bagi kaum ibu untuk berasa letih dan memerlukan masa untuk diri sendiri bagi mengembalikan semangat.

“Normal tak kalau sometimes mak-mak rasa burnout dan penat? Yes, normal. Sometimes spend time dengan diri sendiri saja pun dah okay. Enjoy makan, jalan-jalan, window shopping then rasa fresh again,” katanya.

Aktres drama rantaian Sekam Di Dada itu turut mengakui dirinya kini sedang berada dalam fasa ‘burnout’.

“Today is the day Sarah rasa burnout… Yeke? Ke sebab nak makan banyak,” tulisnya berseloroh.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut khususnya golongan ibu turut memahami dan melalui situasi sama.

Malah, ramai yang menyokong tindakan Sarah untuk mengambil masa bersendirian sebagai cara untuk menjaga kesihatan mental dan emosi.

@puterisarahliyana

Normal tak kalau sometimes mak2 rasa burnout and penat? Yes, normal. Sometimes spend time dengan diri sendiri je pun dah ok. Enjoy makan, jalan2, window shopping then rasa fresh again 😊 Today is the day Sarah rasa burnout 🥹 Yeke? Ke sebab nak makan banyak 😆 Btw, spaghetti dia tu portion dia besar untuk dua orang makan 🤣 #puterisarahliyana

♬ kembali pulang suara kayu piano – Lyn 🤍





Source link

OR

Scroll to Top