Usahawan Puteri Zarith menegaskan, dirinya tidak mempunyai sebarang rasa ‘bitter’ dan enggan mengulas mengenai hubungan lalu yang dianggap toksik oleh sesetengah pihak.
Dalam kenyataannya ketika sesi siaran langsung di TikTok, Puteri Zarith menjelaskan bahawa dia memilih untuk tidak mengulas kisah lama demi menjaga ketenangan diri dan imej peribadi.
“Saya tak suka lah komen pasal toksik-toksik tu.
“Dan saya malas nak bercerita pasal hubungan lalu. Bukannya sebab saya bitter ke apa dengan dia cuma saya rasa past is past,” katanya.
Tambahnya, tiada keperluan untuk mendedahkan kisah lama kerana ia bukan sesuatu yang sensasi dan sudah berlalu.
“Saya rasa tak sensasi pun nak cerita memandangkan benda tu dah lama,” jelasnya.






