Qabil Irfan bawa rentak juara ke Jerez

Qabil Irfan bawa rentak juara ke Jerez


Qabil Irfan. Foto ZK RACING

PELUMBA muda negara, Qabil Irfan Zakaria bertekad mengekalkan rentak cemerlang menjelang perlumbaan terakhir Kejuaraan Superbike Sepanyol (ESBK) Talent 2025 di Litar Jerez, November depan.

Anak jati Terengganu itu baru sahaja menutup saingan di Litar Estoril, Portugal dengan penuh bergaya apabila meraih kemenangan berganda sekali gus melengkapkan enam kemenangan sepanjang musim.

“Insya-ALLAH, saya akan berusaha keras untuk meraih kemenangan di Jerez. Semua pelumba sudah tentu mahu menang, dan saya akan cuba lakukan yang terbaik,” katanya.

Mengulas kejayaan di Estoril, Qabil Irfan mengakui kemenangan itu amat bermakna selepas berjaya mendominasi kedua-dua perlumbaan.

“Saya cuba tampil lebih agresif sejak awal dengan meloloskan diri di depan. Saya sendiri tidak sangka dapat mencipta jurang masa yang besar, tetapi saya kawal pace dengan baik seperti yang dibincangkan bersama pasukan,” jelasnya.

Kemenangan itu menyaksikan Qabil Irfan memahat sejarah apabila muncul juara keseluruhan ESBK Talent 2025 selepas mendominasi perlumbaan di Litar Estoril meninggalkan pesaing terdekat dari Switzerland, Alessio Arnold.

Pada masa sama, Qabil Irfan juga melihat kejayaan di Estoril menyuntik semanganya untuk bersaing di peringkat lebih tinggi pada masa depan.

“Dengan kemenangan ini, keyakinan saya semakin bertambah untuk menghadapi cabaran di pentas dunia.

“Saya tahu saingannya lebih besar kerana melibatkan ramai pelumba baharu dari Eropah, tapi saya akan cuba bersedia sebaik mungkin,” katanya.

Ringkasan AI

  • Pelumba muda negara, Qabil Irfan Zakaria bertekad mengekalkan rentak cemerlang menjelang perlumbaan terakhir Kejuaraan Superbike Sepanyol (ESBK) Talent 2025 di Litar Jerez, November depan
  • Anak jati Terengganu itu baru sahaja menutup saingan di Litar Estoril, Portugal dengan penuh bergaya apabila meraih kemenangan berganda sekali gus melengkapkan enam kemenangan sepanjang musim
  • Qabil Irfan mengakui kemenangan di Estoril amat bermakna selepas berjaya mendominasi kedua-dua perlumbaan
  • Kemenangan itu menyaksikan Qabil Irfan memahat sejarah apabila muncul juara keseluruhan ESBK Talent 2025 selepas mendominasi perlumbaan di Litar Estoril meninggalkan pesaing terdekat dari Switzerland, Alessio Arnold
  • Kejayaan di Estoril menyuntik semangat Qabil Irfan untuk bersaing di peringkat lebih tinggi pada masa depan dan meningkatkan keyakinannya untuk menghadapi cabaran di pentas dunia



Source link

OR

Scroll to Top