Qabil Irfan unggul tawan Sepanyol

Qabil Irfan unggul tawan Sepanyol


Qabil Irfan menjuarai perlumbaan ESBK di Catalunya pada Ahad. Foto Facebook Qabil Irfan

PELUMBA berbakat negara, Qabil Irfan Azlan berada dalam kelas tersendiri apabila mengungguli pusingan kedua Kejuaraan Superbike Sepanyol (ESBK) di Catalunya pada Ahad.

Kejayaan tersebut merupakan gelaran ketiga buat pelumba berusia 13 tahun itu selepas menjuarai kedua-dua perlumbaan pusingan pertama di Litar Jerez, Sepanyol April lalu.

Keputusan tersebut juga membaiki pencapaian Qabil Irfan yang muncul naib juara perlumbaan pertama pada malam Sabtu.

Pelumba yang mewakili pasukan Frando Racing VHC Team Liqui Moly dalam kelas ESBK Talent itu bermula di petak kedua konsisten berada dalam kelompok lima terbaik.

Biarpun disaing sengit lima pelumba, namun Qabil Irfan tenang mengawal jentera untuk tiba di penamat dengan catatan 1:53.618 saat (s).

“Ia satu perlumbaan sukar, namun saya cuba mengawal jentera dan tayar dengan baik. Apabila menuju penamat, saya tahu apa yang perlu dilakukan. Alhamdulillah, syukur di atas kejayaan ini,” katanya.

Pelumba dari Bulgaria, Nikola Miroslavov pula ketinggalan 0.006 untuk berada di tempat kedua, manakala Alessio Arnold dari Switzerland melengkapkan podium dengan perbezaan 0.014s.



Source link

OR

Scroll to Top