Dilihat semakin muda dan penampilannya menjadi bualan ramai, pelakon Que Haidar mendedahkan dia mengamalkan pemakanan yang sihat.
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Que berkata dia tidak mengambil gula, garam, nasi serta minyak dalam pemakanannya dan hanya akan ambil makanan bergaram satu hingga dua kali seminggu.
BACA: 15 Tahun Kahwin, Que Haidar & Linda Jasmine Sah Bercerai
“Saya potong gula, garam, ajinomoto, nasi, dan minyak. Tapi kalau sekali-sekala teringin, saya akan guna minyak zaitun.
“Dalam seminggu tu, mungkin sekali atau dua kali sahaja saya ambil makanan yang ada garam. Saya guna garam pink,” katanya.
Sementara itu, Que berkata dia mengambil spaghetti yang direbus kosong sebagai pengganti nasi dan sumber karbohidrat.
Mengakui sukar untuk mengamalkan pemakanan yang sihat pada awalnya namun dia melihat kesan pada dirinya serta merasakan lebih sihat.
“Karbo saya adalah spaghetti yang direbus kosong. Mula-mula rasa macam susah juga tapi sekarang dah biasa.
“Dua minggu saya memang mental, tapi bila nampak perubahan pada kulit muka, bentuk wajah, dan keseluruhan diri saya, saya rasa lebih sihat. Jadi, mengapa tidak saya teruskan,” katanya.
Sumber: Astro Gempak





