Pelakon Que Haidar memilih untuk menetap di Kuala Pilah Negeri Sembilan kerana mahukan ketenangan dan jauh dari ibu kota.
Memetik BH Online, Que berkata pada awalnya dia hanya mahu tinggal beberapa bulan saja untuk berehat namun terpikat dengan keindahan kawasan sekitar rumah kakaknya itu.
BACA: Hormat Bekas Isteri, Que Haidar Belum Terbuka Hati Kahwin Lagi
“Tempat tinggal saya bukan di Kuala Lumpur, jadi, saya rindu rumah dan katil. Saya sudah lama tak balik (sebab) tidak ada cuti sudah lebih tiga bulan.
“Bila boleh balik? Dapat satu, dua malam tidur dalam ilik saya pun sudah okay, saya gembira. Saya pilih tinggal jauh dari ibu kota kerana mahukan ketenangan.
“Mulanya terfikir hendak tinggal dalam empat hingga enam bulan (di Kuala Pilah) untuk berehat. Tetapi, selepas itu, saya suka. Macam ‘best’ pula di mana pagi-pagi saya ditemani bunyi seekor burung di luar bilik,” katanya.
Sementara itu, Que berkata dia tertarik untuk menetap disana kerana lokasinya yang strategik serta memudahkan urusan ke kilang sambalnya di Melaka.
“Kenapa Kuala Pilah? Sebabnya hendak ke Kuala Lumpur hanya sejam setengah (memandu). Hendak ke Melaka sejam setengah juga. Saya ada kilang sambal di Melaka.
“Jadi, hendak ke Kuala Lumpur, hanya satu jam setengah. Ada urusan di kilang (Melaka), sejam setengah. Kiranya saya berada tengah-tengah. Tetapi, sekarang memang tak sempat nak balik langsung.
“Saya tidak tahu sama ada hendakbalik semula ke Kuala Lumpur sebab saya sedang rancang buat rumah di belakang rumah arwah emak di Kulai, Johor,” katanya.
Sumber: BH Online






