Rafizi bayangkan kemungkinan kembali dilarang masuk Sarawak

Rafizi bayangkan kemungkinan kembali dilarang masuk Sarawak


mdroji@bh.com.my

Kuching: Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli, membayangkan beliau mungkin akan kembali tidak dibenarkan masuk ke Sarawak sekiranya tiada lagi berjawatan dalam Kabinet dan parti, termasuk sebagai Timbalan Presiden PKR kelak.

Rafizi memaklumkan bahawa sebelum dilantik sebagai menteri dalam Kerajaan Perpaduan, beliau sudah biasa dilarang memasuki Sarawak.

Justeru, katanya, tidak mustahil larangan berkenaan akan dilaksanakan semula jika beliau tidak lagi memegang jawatan dalam parti dan Kabinet.

“Ikut pengalaman lalu, saya sebenarnya takut , sebab saya jarang dibenarkan masuk ke Sarawak. Saya hanya dibenarkan masuk ke Sarawak apabila dilantik sebagai menteri dua tahun lalu.

“Kalau saya tak jadi menteri dan Timbalan Presiden PKR lagi, saya rasa saya tak dibenarkan masuk ke Sarawak lagi,” katanya ketika berucap pada Jelajah Hidupkan Idealisme Reformasi dalam Ujian Kuasa (HIRUK) di Pusat Konvensyen Penview (PCC)di sini, malam ini.

Rafizi serta beberapa pemimpin PKR dan DAP pernah menghadapi perintah larangan memasuki Sarawak sejak 2014, namun larangan itu ditarik balik selepas pembentukan Kerajaan Perpaduan.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top