Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Keadilan memutuskan Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli kekal sebagai anggota parti selepas menjawab surat tunjuk sebab yang dihantar kepadanya.
Setiausaha PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, namun Rafizi diingatkan agar sentiasa mematuhi perlembagaan, kod tata etika dan disiplin parti sebagai tanda beliau masih setia sebagai anggota parti.


Rafizi Ramli kekal ahli PKR
Dalam pada itu, MPP juga memutuskan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Fahmi Zainol digantung segala jawatan parti sehingga kes mahkamah beliau diputuskan dan ia berkuat kuasa serta-merta.
“Berhubung jawatan beliau di Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Setiausaha Agung Keadilan akan mengutuskan surat kepada Ketua Menteri dalam masa terdekat,” kata Fuziah.

Berkaitan dengan keanggotaan parti, MPP dimaklumkan bahawa Keadilan telah menerima 14,225 anggota baharu bagi tempoh Oktober 2025 sehingga Januari 2026.
Artikel lain: “Ingat PKR dah berani pecat saya..”- Rafizi Ramli dedah terima surat tunjuk sebab
Antara ahli baharu termasuk Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara, Dr Sani Araby Salim Araby dan Pengurus Strategik MAPIM, Hidayat Abdullah.
MPP juga telah memutuskan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Chiew Choon Man dilantik sebagai ahli ex officio MPP, manakala Pencetus Ummah (PU) Haris atau Muhd Haris Mohd Ismail dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Biro Agama Keadilan.
Sumber: FB Parti Keadilan Rakyat





