Raia Beach Resort tawar destinasi santai, mesra keluarga

Raia Beach Resort tawar destinasi santai, mesra keluarga


Kesibukan kota dan jadual kerja yang padat sering membuatkan ramai warga kota mengimpikan percutian pantai yang menenangkan. Ramai yang mahukan percutian selesa namun bimbang ia memakan kos tinggi atau perlu memandu untuk berjam-jam lamanya.

Menjawab persoalan itu, satu destinasi percutian menarik kini menanti di Port Dickson khusus buat mereka yang mahukan percutian ekspres tanpa mengorbankan keselesaan.

Baru sahaja dibuka secara rasmi pada Oktober 2025, Raia Beach Resort Port Dickson tampil sebagai pilihan terbaharu untuk percutian keluarga, pasangan mahupun untuk acara syarikat yang santai.

Dari bilik terus ke pantai

Terletak betul-betul di hadapan Pantai Teluk Kemang, daya tarikan utama resort ini sudah tentu pada lokasinya. Tetamu ibarat melangkah keluar dari bilik terus ke hamparan pasir pantai.

Bagi melengkapkan pengalaman santai ini, resort ini turut menawarkan pelbagai jenis penginapan, daripada bilik Deluxe yang selesa untuk pasangan sehinggalah ke bilik keluarga yang lebih luas sesuai untuk percutian bersama anak-anak.

Kemudahan mesra keluarga turut diberi keutamaan di mana tetamu boleh menikmati hidangan sarapan pagi atau minum petang di Senja Coffeehouse.

Sebuah kolam renang baharu juga sedang disiapkan dan dijadualkan dibuka pada Januari 2026, pastinya menambah lagi tarikan untuk kanak-kanak.

Walaupun fokus utama adalah percutian keluarga, Raia Beach Resort turut mengimbangi keperluan korporat dan majlis keraian sekali gus menepis tanggapan jenama Raia hanya tertumpu kepada hotel bisnes.

Resort ini dilengkapi dewan majlis untuk seminar atau mesyuarat, selain menawarkan ruang acara di tepi pantai sesuai untuk majlis perkahwinan, hari keluarga atau pembinaan pasukan (team building) dengan suasana yang lebih santai.

Percutian mampu milik, tanpa kompromi

Sempena cuti sekolah ini, Raia Beach Resort ingin membuktikan bahawa percutian di tepi pantai tidak semestinya mahal atau rumit.

Kelebihan utama resort ini terangkum dalam tiga fokus utama iaitu akses terus ke pantai dengan kemudahan mesra keluarga, ruang acara yang fleksibel dan kadar harga mampu milik yang digabungkan dengan layanan mesra Raia.

Bagi keluarga di Lembah Klang, Negeri Sembilan dan Melaka, ia adalah pilihan ideal untuk percutian hujung minggu atau cuti sekolah yang akan datang.

Untuk tempahan dan maklumat lanjut mengenai promosi pembukaan, layari laman sesawang rasmi mereka di https://www.raiabeachresortpd.com.my/.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top