Raia Hotel berwajah baharu, janjikan penginapan lebih selesa

Raia Hotel berwajah baharu, janjikan penginapan lebih selesa


KUALA LUMPUR: Tahun baharu menandakan permulaan baharu buat rantaian hotel terkemuka, Raia Hotel yang kini tampil lebih segar dengan pelbagai penambahbaikan bagi memastikan pengalaman penginapan yang lebih selesa dan berkualiti.

Raia Hotel Terengganu menjadi cawangan utama yang menerima transformasi menyeluruh, selaras dengan komitmen Raia Hotel dalam menawarkan perkhidmatan hospitaliti bertaraf tinggi kepada pengunjung mereka.

Sebagai destinasi penginapan pilihan di Pantai Timur, Raia Hotel Terengganu kini memperkenalkan Raia Kopitiam, sebuah ruang makan yang mengetengahkan sentuhan moden namun tetap mengekalkan keunikan warisan kopitiam tradisional Malaysia.

Dengan suasana yang selesa dan mesra keluarga, para pengunjung boleh menikmati pelbagai hidangan tempatan pada harga berpatutan, termasuk nasi lemak dan kopi tarik yang menjadi pilihan utama pelanggan.

Selain itu, ruang lobi hotel turut diperbaharui dengan reka bentuk kontemporari serta susun atur yang lebih luas, sekali gus memberikan pandangan pertama yang lebih eksklusif dan menyenangkan kepada tetamu. 

Ia sekali gus menampilkan identiti Raia Hotel Terengganu yang kini lebih moden dan dinamik.

Bagi pengunjung yang mengutamakan pengalaman kulinari dalam suasana yang unik, Tepi Bendang Café di Raia Hotel Alor Setar menjanjikan pengalaman bersantap yang tidak dapat dilupakan. 

Dengan rekaan dalaman yang baharu dan lebih bergaya, kafe ini menawarkan suasana yang tenang dan menawan, sesuai untuk pertemuan santai, makan malam bersama keluarga atau bersosial bersama rakan. 

Menu yang diperkenalkan juga cukup menarik, menggabungkan kepelbagaian masakan tempatan serta hidangan fusion bagi memenuhi cita rasa pelanggan daripada pelbagai latar belakang.

Raia Hotel juga mengambil langkah proaktif dalam meningkatkan kemudahan yang disediakan demi keselesaan pengunjung. 

Sebagai contoh, setiap bilik di semua cawangan Raia Hotel kini dilengkapi televisyen pintar serta akses kepada Netflix,YouTube dan lain lain  bagi membolehkan tetamu menikmati pengalaman hiburan tanpa batasan sepanjang penginapan. 

Selain itu, perkhidmatan daftar masuk (check in) turut dipertingkatkan dengan sistem yang lebih efisien, memastikan kelancaran dalam setiap urusan pelanggan.

Dengan pelbagai pembaharuan ini, Raia Hotel terus komited dalam menawarkan perkhidmatan bertaraf tinggi, sejajar dengan aspirasi untuk menjadi pilihan utama dalam industri hospitaliti di Malaysia. 

Para pengunjung dijemput untuk merasai sendiri pengalaman penginapan yang dipertingkatkan ini serta menikmati kemudahan dan perkhidmatan yang lebih baik. 

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Raia Hotel di www.raiahotels.com.my hari ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top