Raja Muda Perlis berangkat ke program sumbangan asnaf bersama PKMM Perlis

Raja Muda Perlis berangkat ke program sumbangan asnaf bersama PKMM Perlis

Raja Muda Perlis berangkat ke program sumbangan asnaf bersama PKMM Perlis


ARAU: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menghadiri program sumbangan asnaf bersama Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Perlis di Teratak Rahmat, Pusat Al Islah Perlis di sini semalam.

Program yang diadakan dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) itu turut diserikan dengan aktiviti sembang santai dan moreh bersama baginda.

Ia turut dihadiri THB Maintenance Sdn. Bhd.; Senggara Utara Sdn. Bhd; rakan Kementerian Kerja Raya (KKR); wakil agensi kerajaan dari Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia dan komuniti setempat.

Program yang berlangsung dalam suasana penuh mesra dan harmoni itu bertujuan menyantuni golongan asnaf di samping mengeratkan hubungan antara pihak kerajaan, institusi agama serta komuniti kontraktor Perlis.

Dalam majlis tersebut, Tuanku Syed Faizuddin menitahkan agar setiap individu sentiasa berusaha dengan penuh kesungguhan, berdisiplin serta tidak mudah berputus asa dalam apa jua bidang yang diceburi.

Dalam pada itu, wakil PKMM Perlis merafak sembah dan menjunjung kasih atas limpah perkenan Raja Muda Perlis yang sudi mencemar duli menghadiri program tersebut.

PKMM negeri juga menzahirkan penghargaan kepada MAIPs yang bertindak sebagai pengarah utama program.

Seterusnya, PKMM negeri menyatakan komitmen untuk terus menyokong usaha kebajikan dan pembangunan masyarakat, khususnya dalam membantu golongan memerlukan di Perlis.

Program tersebut diakhiri dengan sesi sembang santai dan moreh bersama baginda.-UTUSAN





Source link

OR

Scroll to Top