Raja Muda Selangor ziarah mangsa kebakaran

Raja Muda Selangor ziarah mangsa kebakaran


 

SUBANG JAYA: Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan mencemar duli mendengar taklimat berkaitan kejadian kebakaran dan letupan saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, petang ini.

 

Tengku Amir tiba di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Putra Heights pada pukul 3.05 petang dan diberikan taklimat oleh petugas Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) berkenaan situasi semasa serta langkah-langkah yang sedang diambil bagi membantu mangsa terjejas.-UTUSAN

 





Source link

OR

Scroll to Top