Raja pecut Sukma 2024 milik Danish Iftikhar

Raja pecut Sukma 2024 milik Danish Iftikhar


KUALA LUMPUR – Raja Pecut Sukan Malaysia (Sukma) 2024 menjadi milik atlet Johor, Danish Iftikhar Muhammad Roslee yang memenangi pingat emas acara 100 meter (m) di Kuching, Sarawak hari ini.

Danish Iftikhar yang berusia 17 tahun merangkul pingat emas pertamanya selepas mencatat masa terpantas 10.53 saat (s) pada aksi final yang berlangsung di Stadium Sarawak.

Dia menewaskan pelari Selangor, Danish Irfan Tamrin menamatkan aksi di tempat kedua dengan catatan masa 10.60s untuk meraih pingat perak manakala pingat gangsa menjadi milik Muhammad Efrain Feerzan Qhan Mohd Yazid dari Pahang dengan catatan 10.66s.

Danish Iftikhar sebelum ini menjadi pilihan selepas menyapu bersih kesemua kejohanan peringkat umur Majlis Sukan-Sukan Malaysia dan merupakan permata meningkat naik dalam arena olahraga negara. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top