Rajagobal lancar buku autobiografi ‘Inilah Saya – K.Rajagobal’

Rajagobal lancar buku autobiografi ‘Inilah Saya – K.Rajagobal’


Rajagobal (dua dari kiri) bersama Penasihat Bersama Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah (kiri), Bekas Penjaga Gol Kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat (dua dari kanan) dan Timbalan Presiden FAM, Datuk Sivasundram (kanan) melancarkan buku yang bertajuk Inilah Saya K. Rajagobal di reruai jualan Kumpulan Karangkraf di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025 pada Sabtu. – FOTO: SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB

LEGENDA bola sepak negara, Datuk K Rajagobal melakar sejarah peribadi apabila melancarkan buku autobiografi pertamanya bertajuk Inilah Saya – K. Rajagobal, yang merungkai perjalanan hidup serta perjuangannya sebagai jurulatih skuad kebangsaan.

Menurut Rajagobal, buku tersebut mengangkat kisah perjalanan hidupnya sejak zaman kanak-kanak sehingga berjaya menjadi jurulatih bola sepak tanah air yang pernah membimbing skuad Harimau Malaya.

“Saya mahu berkongsi pengalaman sepanjang bergelar jurulatih serta cabaran yang dilalui dalam membentuk pasukan negara.

“Buku ini bukan sekadar tentang bola sepak, tetapi juga mengenai kehidupan dan nilai perjuangan,” katanya semasa pelancaran bukunya di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024 di reruai Karangkraf, Tingkat 3, Dewan Tun Abdul Razak 3, World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur, pada Sabtu.

Rajagobal menandatangani buku yang dibeli oleh peminatnya pada pelancaran buku yang bertajuk Inilah Saya K. Rajagobal di reruai jualan Kumpulan Karangkraf di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025 pada Sabtu - FOTO: SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB

Rajagobal menandatangani buku yang dibeli oleh peminatnya pada pelancaran buku yang bertajuk Inilah Saya K. Rajagobal di reruai jualan Kumpulan Karangkraf di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025 pada Sabtu – FOTO: SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB

Beliau berkata, penerbitan buku itu juga merupakan satu bentuk penghargaan kepada semua pihak yang pernah bersama dalam perjalanan kerjayanya.

“Dalam buku ini, saya kongsikan juga sisi peribadi, suka, duka, ada sedih, ada menangis. Di sini saya juga ingin tegaskan penting untuk legenda-legenda negara menulis buku seperti ini supaya orang ramai tahu perjalanan hidup mereka dan boleh belajar sesuatu,” ujarnya.

Rajagobal turut mendedahkan bahawa beliau mengambil masa lebih kurang 10 tahun untuk menyiapkan buku tersebut dengan sokongan anaknya serta beberapa individu penting yang membantu merealisasikan penerbitan karya berkenaan.



Source link

OR

Scroll to Top