Pelakon Nadzmi Adhwa menjadi perhatian apabila memuat naik video memaparkan kaunter di sebuah fasiliti kesihatan awam kosong dan tidak mempunyai kakitangan bertugas.
Bagaimanapun, tindakannya itu mengundang kecaman netizen kerana ketika rakaman dibuat merupakan waktu rehat buat kakitangan klinik kesihatan berkenaan.
BACA: “Ada Lagi Kecederaan, Bahu Ardell Koyak” – Nadzmi


Malah, seorang lelaki yang dilihat membalas perkongsian Nadzmi itu dipercayai kakitangan klinik berkenaan berkata dia sudah memaklumkan bahawa ketika itu waktu rehat dan kaunter akan dibuka pada jam 1.30 petang.
“Rasanya abang sendiri tanya saya tadi sekarang waktu lunch ke? Saya dah beritahu kitaorang masih rehat. Pukul 1.30 kaunter buka semula.
“Tapi apa motif kenyataan dengan video itu? Jawapan saya tak memuaskan ke?” katanya.
Difahamkan perkongsian tersebut telah pun dimuat turut selepas dipercayai dikecam teruk oleh netizen.

Sementara itu, perkongsian , suami kepada pelakon terkenal Ummi Nazeera, iaitu Dr Izzar Anwari turut menjadi perhatian apabila memberi teguran berikutan ada yang masih ‘memetik ‘mengenai waktu rehat fasiliti kesihatan awam.
“Dah nak 2026 ni, tapi masih ada yang petik kaunter di fasiliti kesihatan tiada staf pada waktu rehat tengah hari?
“Kaunter Hospital (Bahagian Kecemasan): Staf tengah uruskan kes kecemasan. Syukur anda masih mampu menunggu sambil ambil gambar kaunter. Kaunter Klinik Kesihatan: Staf tengah rehat, makan atau solat. Mereka juga manusia. Perlu rehat, tulisnya.
Sumber: Utusan






