Pelakon dan penyanyi, Janna Nick, mencuri perhatian apabila memuat naik satu hantaran di Threads berkaitan dakwaan seorang rakan selebriti yang dikaitkan dengan kegiatan penipuan (scam).
Harap ada orang selamatkan
Screenshot
Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Nurul Jannah Muner menjelaskan bahawa dia dan individu berkenaan pernah mempunyai hubungan yang rapat suatu ketika dahulu sebelum rakan itu menghilang secara tiba-tiba.
Menurutnya, beberapa tahun selepas terputus hubungan, individu berkenaan menghubunginya semula menerusi WhatsApp dengan tujuan meminjam wang.
“Ada cerita pasal rakan artis yang scam tu, kami pernah rapat dan dia menghilang secara tiba-tiba. Few years after that dia pernah WhatsApp nak pinjam duit. Lepas dapat mesej tak sampai beberapa saat, saya terus call dia sebab rindu dia,” ciapannya, hari ini.
Bagaimanapun, situasi tersebut bertukar janggal apabila panggilan yang dibuatnya dijawab oleh suami rakan berkenaan.
“Tiba-tiba suami dia yang angkat, Tak ke terkejut? Kita mesej kawan kita, tapi suami dia yang angkat dan cakap kawan kita dekat klinik. Habis tu yang reply mesej tu siapa?” luahnya.
Janna meluahkan rasa hairan dengan keadaan itu dan menyifatkan ia sebagai sesuatu yang mencurigakan. Dalam masa sama, dia turut menyuarakan kebimbangan terhadap keselamatan rakannya.
Screenshot
“Saya cuma harap, ada orang boleh selamatkan dia sebab saya tak rasa number tu dia yang pegang,” tambahnya lagi.
Setakat ini, Janna tidak mendedahkan identiti rakan selebriti yang dimaksudkan dan tidak memperincikan lanjut mengenai dakwaan scam tersebut. Hantaran berkenaan bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warganet yang membuat spekulasi mengenai individu terbabit.
Artikel lain:Janna Nick mohon maaf, berazam jaga tutur kata -“Andai terlupa, tegurlah saya..”
Terdahulu, tular seorang individu menerusi platform Threads tampil mendakwa dirinya telah ditipu oleh seorang selebriti wanita dan suami sebanyak RM300,000.
Wanita itu turut memuat naik bukti tangkap layar kad pengenalan milik selebriti wanita itu dan suaminya selain memohon bantuan ramai untuk menjejak pasangan berkenaan. Menerusi gambar berkenaan tertera nama dipercayai pelakon Azar Azmi yang sudah lama tidak muncul dalam industri seni.
Sumber: Threads jannanick






