Rakan kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq iaitu Adam Mohd Muhayeddin mendedahkan hantaran pertunangan buat Bella Astillah adalah idea Saddiq sendiri.
Menerusi perkongsian di Threads, Adam berkongsikan dalam satu perjumpaan Saddiq bertanyakan apa yang perlu diberikan untuk hantaran pertunangan buat Bella.
BACA: Syed Saddiq Beri Hantaran Akaun SSPN Buat Anak-Anak Bella Astillah

Menurutnya lagi, Saddiq serius mengenai hantaran pertunangan buat bakal isterinya itu serta menolak hantaran yang biasa.
“Berkenaan hantaran, 100% idea Saddiq. Bukan idea kami. Masa first meeting, dia tanya nak bagi apa.
“Kita orang cakap hantaran biasa lah, biasa tunang ni simple je, kek, buah. Saddiq kata mana boleh. “I am serious about it”,” tulisnya.
Dalam majlis pertunangan pada Sabtu lalu, Saddiq memberikan hantaran simpanan kewangan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dan Tabung Haji untuk Bella, serta dua akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) kepada dua anaknya.






