Rakyat Malaysia layak isi RON95 sehingga 300 liter sebulan – PM

Rakyat Malaysia layak isi RON95 sehingga 300 liter sebulan – PM


am@hmetro.com.my

Putrajaya: Rakyat Malaysia akan menerima siling kelayakan bulanan RON95 sebanyak 300 liter menerusi inisiatif BUDI95, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri bagaimanapun berkata, bagi pemandu e-hailing, mereka dikecualikan daripada had terbabit serta boleh memohon untuk had lebih tinggi.

“Sebab purata sekarang dalam 150 liter (sebulan), ada juga kebanyakan 200 liter sebulan dan paling tinggi 250 liter (sebulan), tidak ada yang mencecah 300 liter.

“Bagaimana e-hailing? Kalau e-hailing, itu kita kecualikan sebab anak-anak muda, puluhan ribu yang bekerja untuk itu. Jadi kalau mereka (perlu guna) lebih, kita beri pengecualian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Majlis Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top