am@hmetro.com.my
Kota Bharu: Seorang rakyat Malaysia parah ditembak di sebuah rumah di kawasan Suhang, Golok, Thailand, petang semalam.
Dalam kejadian 6.40 petang waktu Thailand, dikatakan berlaku pertengkaran antara mangsa berusia 33 tahun dengan suspek, sebelum rakyat Malaysia itu ditembak.
Mangsa yang dipercayai berasal dari Pasir Mas itu kini menerima rawatan di Hospital Suhang dan dilaporkan stabil.
Jurucakap polis berkata, kejadian dipercayai berlaku disebabkan pertikaian antara mangsa dan suspek berkait hutang.
“Suspek dan mangsa dipercayai bertengkar sebelum kejadian berlaku. Polis turut merampas sepucuk pistol 9mm yang digunakan suspek,” katanya.
Katanya, polis kini giat memburu suspek yang melarikan diri selepas kejadian berkenaan.
© New Straits Times Press (M) Bhd




