“Ramadan Ajar Kita Erti Sabar & Elak Lakukan Perkara Tak Baik”- Fazura Kongsi Pesan Ramadan Bikin Ramai Tersentuh

“Ramadan Ajar Kita Erti Sabar & Elak Lakukan Perkara Tak Baik”- Fazura Kongsi Pesan Ramadan Bikin Ramai Tersentuh


Pelakon dan usahawan, Nur Fazura berkongsi refleksi mengenai pengertian Ramadan terhadap dirinya sekali gus mengingatkan orang ramai agar memanfaatkan bukan keberkatan ini dengan terus istiqamah.

Kata Faz, Ramadan bukan sekadar menahan lapar tetapi mendidik jiwa dan membentuk disiplin diri selain memberi kesan positif terhadap keyakinan diri dan ketenangan jiwa.

“Antara sebab saya paling suka Ramadan adalah kerana keindahan berpuasa yang benar-benar menguji dan mendidik diri kita sebagai orang dewasa.

“Kita belajar untuk tidak berlebihan dalam menikmati rezeki, dan itu sendiri membawa kebaikan kepada kesihatan. Tubuh menjadi lebih ringan, jiwa lebih tenang, dan secara tidak langsung meningkatkan keyakinan diri serta penampilan kita.

“Ramadan juga mengajar kita erti sabar yang sebenar termasuk menahan diri daripada perkara yang tidak baik dan memperbaiki amalan agar selari dengan harapan untuk meraih reda serta keampunan Allah,” katanya.

Menyedari Ramadan kini berbaki  beberapa hari sahaja lagi, Faz mengajak semua masyarakat untuk terus memperbaiki diri dan memanfaatkan peluang yang masih ada.

“Berbaki 17 hari lagi sebelum Ramadan melabuhkan tirainya. Semoga kita terus istiqamah dan memanfaatkan setiap detik yang masih ada, insya-Allah,” jelasnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tersentuh dengan perkongsian dan pengertian Ramadan dari perspektif pelantun lagu Luar Biasa itu.



Source link

OR

Scroll to Top