Ramai Ajak Keluar Malam, Ammar Ahyan Tak Berminat

Ramai Ajak Keluar Malam, Ammar Ahyan Tak Berminat


Anak sulung kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Ammar Ahyan berkata dia berhati-hati dalam memlilih kawan kerana tidak mahu terjebak gejala sosial tidak sihat.

Memetik mStar Online, Ammar berkata ramai rakan kolej mahu berkawan dengannya namun dia memilih untuk menjaga batas serta tidak mudah terpengaruh.

BACA: Ammar Ahyan Jadi Wakil Ibu Bapa Bayar Zakat RM900,000

“Kalau di kolej memang ada saja yang nak berkawan dengan saya tapi saya agak selektif. Kebanayakan daripada mereka ajak saya keluar malam tapi saya tak berminat,” katanya.

Sementara itu, Ammar berkata dia mampu menilai niat serta keikhlasan individu yang cuba mendekatinya kerana jika benar-benar ikhlas mereka tidak akan melayannya secara berlebihan.

“Bila orang tanya boleh tak nak berkawan, kita sendiri boleh ‘bau’ sama ada mereka ikhlas atau tidak. Daripada rupa dan cara mereka layan kita pun dah boleh nampak kalau ada sebab tertentu.

“Tapi kalau orang yang datang secara ‘random’ layan kita biasa-biasa saja bagi saya itulah orang yang betul-betul nak berkawan,” katanya.

Sumber: mStar Online






Source link

OR

Scroll to Top