Pelakon Isa Khan menegur segelintir wanita yang ke masjid serta menunaikan solat tarawih mengenai aurat terutamanya bahagian kaki.
Menerusi perkongsian di Threads, Isa berkata ramai yang ke masjid namun tidak menutup aurat dengan sempurna kerana tidak mengenakan stoking.
BACA: “Jamilah? Trend Yang Memalukan, Menjatuhkan Umat Islam” – Isa Khan

Isa turut mempersoalkan adakah para wanita tidak tahu bahawa kaki perempuan adalah aurat serta mengingatkan tujuan ke masjid untuk menambah pahala.
“Banyak wanita Islam di Malaysia yang pergi ke masjid pada bulan Ramadan ni untuk iftar dan tarawih, tapi tak pakai stoking. Kaki perempuan tu aurat, takkan tak tahu?
“Sebab tu agama perintahkan kaum wanita ni lebih baik solat dekat rumah je kalau tak mampu nak jaga aurat dengan sempurna, dari nak buat pahala kat masjid akhirnya hanya menjadi dosa yang sia-sia,” katanya.
Perkongsian Isa itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan teguran berkenaan serta mengucapkan terima kasih atas nasihat tersebut.






