Ramli MS Kata Penyanyi Pengsan Tiada Unsur Mistik Tapi Berkaitan Sains

Ramli MS Kata Penyanyi Pengsan Tiada Unsur Mistik Tapi Berkaitan Sains


Pengarah muzik, Datuk Ramli MS menafikan dakwaan kejadian yang berlaku terhadap penyanyi ketika membuat persembahan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ada kaitan unsur mistik atau ‘keras’.

Memetik mStar Online, Ramli atau lebih mesra disapa Tok Ram berkata kejadian berlaku sehingga penyanyi pengsa ketika persembahan disebabkan  faktor sains dan kesihatan.

BACA: Nur Izzara Permata Hati Alyah & Ramli MS

Malah, Tok Ram berkata dia berada disana sudah bertahun-tahun dan pernah tidur namun tiada perkara yang berlaku.

“Saya sudah berada dekat MBSA itu banyak tahun. Benda yang berlaku itu semua tidak mempunyai kaitan dengan mistik. Malah sebaliknya ia adalah berkaitan dengan sains. Saya sendiri tidur dekat sana, tiada apa-apa.

“Sudah beberapa kes yang peserta pengsan dan sebagainya, bukanlah sebab mereka kena rasuk. Saya ini pengarah muzik, jadi bersama mereka selama tiga hari. Saya tahu masalah mereka.

“Menyanyi ini memerlukan banyak tenaga, kalau perut kosong, memanglah akan tumbang, dan banyak lagi puncanya. Itu semua berkaitan sains,” katanya.

Sementara itu, Tok Ram turut berkongsikan pengalamannya bertemu entiti mistik di tempat lain serta menegaskan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) tiada gangguan seperti didakwa.

“Hantu yang betul, nampak sahaja tubuh tapi muka dia kosong seperti langit, dan bukan di Auditorium MBSA, jadi kalau tanya sama ada tempat itu berhantu, saya kata tidak,” katanya.

Sumber: mStar Online






Source link

OR

Scroll to Top