Rampas dadah RM84.7 juta dalam 4 bulan

Rampas dadah RM84.7 juta dalam 4 bulan


am@hmetro.com.my

Kuantan: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pahang merampas pelbagai jenis dadah dengan nilai keseluruhan RM84.7 juta bagi Januari hingga April lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, jumlah itu meningkat kira-kira 10 kali ganda berbanding tempoh sama tahun lalu.

Katanya, 4,261 kes dengan tangkapan 4,839 individu direkodkan, Januari hingga April lalu berbanding 4,362 kes dengan 4,810 tangkapan bagi tempoh sama tahun lalu.

“Sebanyak 4,180 kertas siasatan dibuka dan 3,753 kes berjaya diselesaikan bersamaan 90 peratus sepanjang tempoh Januari hingga April lalu,” katanya pada Perhimpunan Bulanan Polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, di sini hari ini.

Dalam pada itu, bagi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, 817 kertas siasatan dibuka setakat ini, membabitkan kerugian berjumlah RM26.3 juta, katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top