Rancang percutian idaman di Lexis Hibiscus Port Dickson

Rancang percutian idaman di Lexis Hibiscus Port Dickson


RESORT tepi laut yang terkenal dengan keindahan vila atas air bertaraf dunia, Lexis Hibiscus Port Dickson, sekali lagi menawarkan pengalaman percutian yang tidak dapat dilupakan.

Menerusi dua pakej eksklusif baharu iaitu Family Getaway dan Birthday Blast, resort ini berusaha memastikan setiap pengunjung menikmati percutian mewah penuh keseronokan.

Bagi anda yang ingin meluangkan masa berkualiti bersama-sama keluarga, pakej Family Getaway menjanjikan percutian selama tiga hari dua malam yang dipenuhi pelbagai aktiviti menarik.

Penginapan yang disediakan bukan sahaja menawarkan keselesaan, tetapi juga kemewahan, dengan vila dilengkapi kolam renang peribadi dan pemandangan indah Selat Melaka. 

Sarapan juga disediakan untuk dua dewasa dan dua kanak-kanak, diikuti aktiviti riadah seperti berbasikal serta akses percuma selama tiga jam ke Kidz World, ruang permainan kanak-kanak yang selamat dan menyeronokkan. 

Resort ini turut menawarkan kredit makanan bernilai RM100 yang boleh digunakan di restoran seperti Roselle Coffee House, Umi Japanese Restaurant dan Coralz Bistro.

Bagi individu yang ingin meraikan hari lahir dengan penuh gaya, pakej Birthday Blast menawarkan peluang menikmati sambutan yang istimewa. 

Pakej ini merangkumi penginapan satu malam di bilik berhias tema hari jadi, makan malam mewah dengan empat hidangan, kek hari jadi, serta cenderahati eksklusif. 

Tetamu juga akan menerima sebotol jus berbuih bebas alkohol sebagai simbolik perayaan yang penuh bermakna.

Terletak di pantai Pasir Panjang yang mengambil masa satu jam perjalanan dari Kuala Lumpur, Lexis Hibiscus Port Dickson sememangnya destinasi percutian ideal untuk mereka yang menghargai gabungan keindahan semula jadi dan kemewahan.

Resort ini memegang dua Rekod Dunia Guinness untuk bilangan kolam renang dan vila atas air terbanyak di dunia sebanyak 522 unit, menjadikannya lokasi yang luar biasa untuk percutian seisi keluarga, sambutan istimewa, atau sekadar melarikan diri daripada kesibukan kota.

Lexis Hibiscus Port Dickson juga menawarkan pelbagai aktiviti tambahan seperti sukan air, rawatan spa dan pilihan tempat makan bertaraf antarabangsa. 

Sama ada bersantai di kolam renang peribadi, menikmati pemandangan memukau Selat Melaka atau mencipta kenangan bermakna bersama keluarga tersayang, resort ini menjanjikan sesuatu untuk semua.

Tempahan kini dibuka

Tempahan bagi pakej eksklusif ini kini dibuka untuk tempoh masa terhad serta tertakluk kepada terma dan syarat.

Jangan lepaskan peluang untuk menempah Pakej Family Getaway untuk 3 Hari 2 Malam di sini dan Pakej Birthday Blast untuk 2 Hari 1 Malam di sini*.

Layari laman web rasmi Lexis Hibiscus Port Dickson di https://www.lexishibiscuspd.com atau hubungi talian +603 2083 0933 atau emel reservations@lexis.my  untuk maklumat lanjut. 

Nikmati kemewahan, ketenangan dan kegembiraan yang hanya dapat ditemui di Lexis Hibiscus Port Dickson, destinasi percutian ikonik yang menyatukan semua elemen percutian idaman.

*Tertakluk kepada terma dan syarat

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top