‘Rangga & Cinta’ Sentuh Hati Penonton, Tracie Sinidol, Jazmy Juma Terpesona ‘Chemistry’ Leya Princy & El Putra Sarira

‘Rangga & Cinta’ Sentuh Hati Penonton, Tracie Sinidol, Jazmy Juma Terpesona ‘Chemistry’ Leya Princy & El Putra Sarira


Filem terbaharu Rangga & Cinta bukan sahaja menghidupkan semula kisah cinta ikonik yang pernah menjadi fenomena, malah turut menerima pujian daripada bintang muda popular Tracie Sinidol dan Jazmy Juma.

Menurut Tracie, filem di bawah terbitan Primeworks Studios itu berjaya menyentuh emosi penonton dengan jalan cerita yang penuh nilai persahabatan dan cinta zaman remaja.

“Filem ini sangat mencuit hati dan banyak babak yang dekat dengan Gen Z, terutamanya mengenai percintaan waktu sekolah dan persahabatan. Lagu-lagunya juga sangat menyeronokkan,” katanya.

Tambah Tracie, antara babak paling meninggalkan kesan ialah ketika watak Cinta meluahkan perasaan kepada Rangga dan disokong oleh rakan-rakannya.

“Ia menunjukkan persahabatan yang tulus, sentiasa ada untuk menyokong apa yang terbaik untuk Cinta. Memang sangat best!” katanya lagi.

Sementara itu, Jazmy Juma turut meluahkan keterujaannya dengan keserasian luar biasa antara dua pelakon utama, Leya Princy dan El Putra Sarira, yang berjaya menzahirkan kisah cinta klasik dengan penuh emosi.

“Chemistry mereka sangat-sangat hebat! Saya suka juga kerana filem ini sebuah muzikal, tidak terlalu berat dan romantik pada masa yang sama,” ujarnya.

Jazmy turut berkongsi antara babak kegemarannya ialah saat Rangga dan Cinta bermain piano dan menyanyi bersama.

“Sejujurnya, banyak babak yang mengimbau kembali kenangan bercinta. Jadi memang kena tengok kalau nak rasa ‘flashback’ seperti saya,” tambahnya.

Tracie dan Jazmy ditemui ketika Watch Party Rangga & Cinta yang diadakan pada 8 November lalu di TGV One Utama.

Majlis bertemakan ‘Back to School’ itu berlangsung meriah apabila peminat dan selebriti tampil berpakaian sekolah untuk mencipta kembali suasana penuh nostalgia zaman persekolahan.

Turut memeriahkan acara ialah beberapa nama terkenal industri hiburan seperti Alvin Chong, Tony Eusoff, Shaza Bae, Norish Karman dan Manda.

Filem Rangga & Cinta kini sedang ditayangkan di semua pawagam seluruh negara sekali gus membawa penonton menyelusuri kembali erti cinta, puisi dan kenangan yang tidak lapuk ditelan masa.

“Bila dua jiwa bertemu, cinta menemukan nadanya. Kerana setiap generasi punya Rangga & Cinta mereka sendiri.”

Untuk perkembangan dan kandungan eksklusif filem ini, ikuti Primeworks Studios di Facebook, Instagram, X dan YouTube.



Source link

OR

Scroll to Top